SEJARAH SEKOLAH


Blok A (1982)
Blok E (1996)
Blok B (1990)


        Sekolah Kebangsaan Darau Menggatal ini diasaskan dari buah fikiran beberapa pemimpin dari beberapa buah kampung yang berdekatan dengan Kampung Darau pada tahun 1939.

        Pada tahun 1940 Kerajaan British telah membina sekolah ini dan diberi nama " Goverment Vernacular School Darau " (tapak SK. Darau yang lama di tapak bangunan Flat SK. Likas Sekarang).Sekolah Darau ini adalah merupakan sekolah melayu yang ketiga ditubuhkan selepas SK. Sembulan dan SK. Tuaran. Sekolah ini pada mulanya terdiri dari dua buah bangunan berdinding kayu, beratapkan daun rumbia dan berlantaikan simen. Bangunan baru ini menempatkan 2 buah kelas dengan bilangan murid seramai 60 orang. Peresmian penubuhannya disempurnakan oleh O.K.K Gasan Ketua Anak Negeri. Guru Besar yang pertama disekolah ini ialah En. Mohd. Said bin Bulat. Sekolah ini pernah diambil alih oleh pemerintahan Jepun pada tahun 1945. Tahun 1956 sebuah bangunan tambahan berdindingkan kayu, lantai simen dan beratapkan zing dibina.

        Pada tahun 1963 tapak sekolah ini dipindah ke kawasan berhampiran Pekan Menggatal. Tapak baru ini menempatkan dua buah bangunan sekolah separa konkrit iaitu PWD 948 (2 bilik darjah), PWD 949 (dua buah bilik darjah) beserta empat unit rumah guru (bangunan konkrit) dan sebuah rumah guru besar, PWD 996. Luas sekolah baru ini ialah 3.75 ekar, geran nombor C.L 015380239.

        Sebuah kantin sekolah, sebuah bangunan kayu (3 bilik darjah) dibina pada tahun 1976. Oleh kerana pertambahan murid yang pesat pada tahun 1982 SK. Darau mempunyai sebuah lagi bangunan konkrit tiga tingkat yang dilengkapi Bilik Guru Besar, Pejabat Am, Bilik Guru, Tandas Guru dan Murid (lelaki dan perempuan), Klinik Gigi Sekolah, Bilik Pusat Sumber Sekolah dan lima buah bilik darjah. Jumlah kelas pada tahun 1982 ialah 12 kelas. Pada tahun 1990 melalui pembinaan projek kilat, Jabatan Pendidikan Sabah telah meluluskan pembinaan bangunan kayu (3 buah bilik darjah, dan satu bilik guru) di SK. Darau.

        Pada tahun 1993 sebuah kantin sekolah dibina berdekatan dengan bangunan konkrit 3 tingkat oleh pengusaha kantin kerana kantin yang lama tidak boleh menampung jumlah murid yang kian bertambah. Kantin lama diubahsuai dan dijadikan Surau Sekolah.

        Pada tahun 1996 sebuah lagi bangunan kayu (4 buah bilik darjah) telah dibina di sekolah ini untuk menampung bilangan murid yang bertambah dari tahun ke tahun.

        Hari ini dalam sejarah iaitu pada 25 DESEMBER 1996 Negeri Sabah telah dilanda oleh Ribut Greg. Tragedi ini telah menyebabkan atap bangunan sekolah yang dibina pada tahun 1996 diterbangkan oleh Ribut Greg tersebut. Namun demikian dengan keperihatinan semua rakyat Malaysia yang memberi bantuan bangunan ini dapat di perbaiki sebelum sesi persekolahan 1997 bermula.
 
 


[Perutusan Guru Besar] [Organisasi] [Sejarah Sekolah] [Bimbingan Dan Kaunseling]
[Kurikulum] [Aktiviti Ko-kurikulum] [Hal Ehwal Murid] [Aktiviti PSS] [Ruang Guru/Guru Pakar]
[Program Khas] [Program 'Beyond Excellence'] [Hasil Pelajar] [Kalendar Persekolahan] [Koswer] [Link]

HOME
[Ke Laman Utama]