Make your own free website on Tripod.com
 

HASIL PELAJAR


Nama Pelajar
Kelas
Tahun
Umur
Ashreena
5 Amanah
2000 11 tahun
Fazidah Ismail
5 Amanah
2000 11 tahun
Nur Akma
5 Amanah
2000 11 tahun

KARANGAN HASIL KARYA ADIK ASHREENA
TAJUK : Cita-cita saya

                Semua orang didalam dunia ini pasti mempunyai cita-cita. Cita-cita adalah bermaksud impia kita dimasa akan datang. Ada orang ingin menjadi peguam, doktor, arkitek, polis dan sebagainya.

                Saya juga mempunyai cita-cita. Cita-cita saya ialah ingin menjadi seorang guru. Menjadi seorang guru bukanya mudah. guru perlu mendidik murid-murid supaya berguna kepada agama, bangsa dan negara.

                Guru banyak menabur jasa kepada semua orang didunia ini. Walau apa pun bidang kerja yang dilakukan sekarang, segalanya bermula daripada pengorbanan seorang guru.

                Jika saya ingin mencapai cita-cita saya itu, saya harus belajar dengan bersungguh-sungguh. Saya akan berusaha dengan gigih. Saya berharap agar pada suatu hari cita-cita saya ini tercapai.


KARYA HASIL ADIK FAZIDAH ISMAIL (PANTUN)
1. Pak Andak membela itik,
    Dibelanya juga seekor angsa,
    Apa guna berwajah cantik,
    Jika tidak berbudi bahasa.

2. Menonton cerita bersama Ati,
    Menonton wayang tajuknya Bara,
    Hidup di dunia buatlah bakti,
    Kepada keluarga dan negara.

3. Hang Tuah pergi bertapa,
    Pergi bertapa di Pulau Melaka,
    Jangan melawan kata ibu bapa,
    Nanti menjadi anak derhaka.

4. Mak Kinah membeli tenggiri,
    Membeli tenggiri mentah-mentah,
    Banyakkan usaha kepada diri,
    Masa diri muda dan mentah.

5. Cantik sungguh Kota Melaka,
    Pedagang datang bersama tongkang,
    Kita hidup di negara merdeka,
    Tidak berilmu ketinggalan di belakang.
6. Pak Rahim membeli durian,
    Buah mangga mahal sekali,
    Buat baik nasihat dikatakan,
    Buat jahat jangan sekali.

7. Tanam sayur jangan bertangguh,
    Sayur keledek terpaksa digalinya,
    Kalaulah adik bijak sungguh,
    Langit tergantung mana talinya.

8. Pak Rahmat sedang merasa,
    Sedang merasa buah pala,
    Marilah kita bersama berpuasa,
    Agar kita diberi pahala.

9. Selapas berkerja pergi ke pekan,
    Pergi ke pekan membeli gula,
    Hidup berbudi diberkati tuhan,
    Aman sejahtera sepanjang masa.

10. Pergi ke kebun menanam ubi,
      Menanam ubi ditepi paya,
      Kita hidup mesti berbudi,
      Supaya sentiasa dipandang mulia.


KARYA HASIL ADIK NUR AKMA (SAJAK)
1. Sekolahku

    Sekolahku,
    Indah sungguh sekolahku,
    Dengan padang yang menghijau,
    Bangunan yang tersergam indah,
    Guru yang berdedikasi dan murid yang 
    berdisiplin.

    Sekolahku,
    Tempatku menimba ilmu,
    Tempatku mencurah bakat,
    Tempatku belajar apa itu kehidupan,
    dan tempatku mendisiplinkan diri.

    Gurunya,
    Sentiasa berdedikasi,
    Mengajar dengan tekun,
    Supaya murid-muridnya berjaya.

    Muridnya pula,
    Sentiasa berdisiplin,
    Hormat akan guru,
    Sentiasa berusaha untuk masa depan mereka.
    Aku sayang sekolahku,
    Sekolahku telah maju,
    Segala-galanya ada untuk kemudahan muridnya,
    Aku bangga dengan sekolahku.

2. Sekolah

    Sekolah,
    Engkau tempatku menimba ilmu,
    Kerana engkau mempunyai ilmu,
    Oh! indah sungguh sekolahku,
    Lantaran itu aku berusaha,
    Agar aku berjaya,
    Hanya tuhan yang tahu.

3. Guru

    Guru,
    Untuk kami engkau korbankan,
    Rancang pengajarandengan teliti,
    Untuk kami seorang pelajar.

4. Aku Seorang Pelajar

    Pelajar,
    Engkau belajar untuk hidup,
    Lantaran itu kita harus mencari ilmu,
    Agar kita berjaya,
    Jangan berputus asa walaupun sekali gagal,
    Aku boleh,
    Rancang masa depanku.


Sekiranya anda ingin menyumbangkan karya anda, sila hantarkan e-mail kepada webmaster. Sila sertakan nama, alamat, sekolah anda dan sumbangan anda. Terima kasih.


[Perutusan Guru Besar] [Organisasi] [Sejarah Sekolah] [Bimbingan Dan Kaunseling]
[Kurikulum] [Aktiviti Ko-kurikulum] [Hal Ehwal Murid] [Aktiviti PSS] [Ruang Guru/Guru Pakar
[Program Khas] [Program 'Beyond Excellence'] [Hasil Pelajar] [Kalendar Persekolahan] [Koswer] [Link]

HOME
[Ke Laman Utama]