Make your own free website on Tripod.com
 

PERUTUSAN GURU BESAR


Headmaster : Mr. Said Khairani Bin Tuan Said Encik Said Khairani Bin Tuan Said
Guru Besar 
Sekolah Kebangsaan Darau Menggatal
Kota Kinabalu, Sabah

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Selamat Datang ke "Laman Web Sekolah Kebangsaan Darau". Laman Web ini telah dimuatnaik pada 22/4/2000  menandakan titik permulaan Sekolah Kebangsaan Darau melangkah ke Alam Informasi Teknologi Maklumat ( I T ) sebagai menyahut seruan kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membawa mutu pendidikan di Malaysia ke taraf dunia.
    Dengan adanya Laman Web ini, Sekolah Kebangsaan Darau mula dikenali di seluruh Malaysia khasnya dan di serata dunia amnya melalui jaringan internet. Pihak Sekolah mengharapkan agar dengan adanya "Laman Web Sekolah Darau" ini, ianya mampu menarik minat para pelajar mendalami pengetahuan berhubung dengan Teknologi Maklumat melalui penubuhan "Kelab Komputer" yang telah dilaksanakan setahun yang lalu.

    Pihak sekolah juga berharap agar Pusat Sumber Multimedia yang lengkap dengan komputer dan kemudahan teknologi Pendidikan lain dapat ditubuhkan di sekolah ini. Tujuannya adalah untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer di kalangan semua guru dan murid sekolah ini.

    Bagi menjayakan hasrat ini, pihak sekolah sangat mengalu-alukan sumbangan kepakaran, perkakasan, perisian serta kewangan daripada ibu bapa, para dermawan, tokoh-tokoh koprat malahan agensi-agensi kerajaan dan swasta. Kepada bekas-bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Darau yang telah berjaya dalam bidang masing-masing, derma dan sumbangan ikhlas anda kepada sekolah ini sangat diharapkan dan dihargai.Sampaikanlah dan hulurkanlah sumbangan ikhlas sebagai tanda sokongan dan rasa berterima kasih kerana tanpa pendidikan asas, kita tidak dapat melangkah lebih jauh ke hadapan.

    Akhirkata, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Pegawai Laman Web Sekolah seterusnya kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pembinaan "Laman Web Sekolah Kebangsaan Darau" ini. Saya mendoakan agar Sekolah Kebangsaan Darau akan terus maju dan berjaya dalam segala bidang yang diceburi pada masa-masa akan datang.

LAWATILAH SELALU LAMAN WEB SEKOLAH KEBANGSAAN DARAU.

Sekian, terima kasih.
 
 
 
 


Guru Terbilang,
Pelajar Cemerlang,
Negara Gemilang.


[Perutusan Guru Besar] [Organisasi] [Sejarah Sekolah] [Bimbingan Dan Kaunseling]
[Kurikulum] [Aktiviti Ko-kurikulum] [Hal Ehwal Murid] [Aktiviti PSS] [Ruang Guru/Guru Pakar]
[Program Khas] [Program 'Beyond Excellence'] [Hasil Pelajar] [Kalendar Persekolahan] [Koswer] [Link]

HOME
[Ke Laman Utama]